BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 24, 2010

entri cinta...dari aku untuk aku

al-kisah di sebuah pulau kecil,di sebuah benua,tinggallah CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN dan ramai lagi..mereka hidup saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain.Namun,disuatu hari,badai yang maha dahsyat telah melanda pulaU mereka..kesemua penghuni pulau cuba menyelamatkan diri dari dihempas badai..
CINTA tidak tahu berenang dan tidak mempunyai perahu untuk menyelamatkan diri..dia cuba untuk mendapatkan pertolongan dan tak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahunya.."KEKAYAAN..tolonglah aku.." teriak CINTA.."maaf CINTA,perahuku penuh dengan harta ku,aku tidak boleh membawa mu nanti perahuku akan karam.." lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA keseorangan.CINTA berasa begitu sedih..
Namun kemudian dia melihat KEGEMBIRAAN dengan perahunya..CINTA cuba memanggil KEGEMBIRAAN tetapi KEGEMBIRAAN tuli dan tidak dengar laungan CINTA kerana terlalu bahagia dengan kegembiraan yang ada..air semakin tinggi hingga ke paras pinggang,dan CINTA semakin panik..
"KECANTIKAN!!!!bawalah aku bersamamu.."teriak CINTA..lalu apa kata KECANTIKAN???"Tidak..CINTA tubuhmu kotor dan basah..aku tidak mahu perahuku kotor bila membawamu nanti.." kemudiaan KECANTIKAN berlalu pergi tanpa mempedulikan CINTA yang dalam keadaan sedih dan ketakutan...
CiNTA menangis teresak-esak,dia berasakan yang dirinya benar-benar tidak berharga disaat itu..dia bertanya pada dirinya mengapa semua orang melupakannya bila dalam kesusahan..saat itulah lalulah KESEDIHAN dengan perahunya..tanpa membuang masa CINTA cuba meminta pertolongan dari KESEDIHAN..Namun KESEDIHAN menolak kerana ingin bersendirian..
CiNTA berputus asa..air semakin naik dan menenggelamkannya.."Ya tuhan..bantulah aku..apa yang akan terjadi kepada dunia jika aku tiada.."ratap CINTA dengan linangan air mata..dalam kebuntuan CINTA terdengar satu suara..
"CINTA!!!mari naik ke perahuku.." CINTA menoleh ke arah suara itu..dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang melambai tangan dan mengayuh perahu ke arahnya..lalu segera CINTA naik ke perahu orang tua itu..di pulau yang berhampiran CINTA diturunkan oleh orang tua tersebut dan dia berlalu pergi meninggalkan CINTA tanpa mengenalkan dirinya..CiNTA tertanya-tanya siapakah orang tua yang menyelamatkannya dari bahaya tadi..CINTA bertanya kepada seorang penduduk di pulau tersebut,siapakah orang tua tadi..
"oh...!!dia WAKTU.."kata penduduk tersebut..
"tapi mengapa dia menyelamatkanku..sedangkan aku tidak mengenalinya...bahkan rakan-rakan yang mengenaliku pun tidak mahu membantuku.."jawab CINTA hairan..
penduduk itu menjawab..
"kerana hanya WAKTU yang tahu betapa bernilainya sebuah CINTA..."


best tak entri cinta aku??hehhee..best kan..best la bagi aku yang tak pernah dicintai ini....
aku dah jatuh eh eh jatuh..jatuh la kot..jatuh cinta kat seseorang tu...tapi aku rasa lebih baik kalau aku pendam kan saja..aku nak bawak diri aku jauh-jauh dari dia..sebab tak mungkin dia akan cintakan aku..aku jalan perlahan-lahan pergi dari dia..walaupun menyeksakan aku tapi ini keputusan aku..lepas ni kalau ada jodoh,tak kemana kan..biar masa yang menentukan...aku sayang dia sangat-sangat..sungguh...walau berpisah beribu tahun,andai masih ada cinta antara kami,itulah destinasinya...aku yakin aku akan terus cintakan dia...kebahagiaan aku terbukti walaupun lihat dia bahagia bersama orang lain..aku rindu...

0 comments: