BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 24, 2010

entri cinta...dari aku untuk aku

al-kisah di sebuah pulau kecil,di sebuah benua,tinggallah CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN dan ramai lagi..mereka hidup saling melengkapi dan bergantung antara satu sama lain.Namun,disuatu hari,badai yang maha dahsyat telah melanda pulaU mereka..kesemua penghuni pulau cuba menyelamatkan diri dari dihempas badai..
CINTA tidak tahu berenang dan tidak mempunyai perahu untuk menyelamatkan diri..dia cuba untuk mendapatkan pertolongan dan tak lama kemudian CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahunya.."KEKAYAAN..tolonglah aku.." teriak CINTA.."maaf CINTA,perahuku penuh dengan harta ku,aku tidak boleh membawa mu nanti perahuku akan karam.." lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA keseorangan.CINTA berasa begitu sedih..
Namun kemudian dia melihat KEGEMBIRAAN dengan perahunya..CINTA cuba memanggil KEGEMBIRAAN tetapi KEGEMBIRAAN tuli dan tidak dengar laungan CINTA kerana terlalu bahagia dengan kegembiraan yang ada..air semakin tinggi hingga ke paras pinggang,dan CINTA semakin panik..
"KECANTIKAN!!!!bawalah aku bersamamu.."teriak CINTA..lalu apa kata KECANTIKAN???"Tidak..CINTA tubuhmu kotor dan basah..aku tidak mahu perahuku kotor bila membawamu nanti.." kemudiaan KECANTIKAN berlalu pergi tanpa mempedulikan CINTA yang dalam keadaan sedih dan ketakutan...
CiNTA menangis teresak-esak,dia berasakan yang dirinya benar-benar tidak berharga disaat itu..dia bertanya pada dirinya mengapa semua orang melupakannya bila dalam kesusahan..saat itulah lalulah KESEDIHAN dengan perahunya..tanpa membuang masa CINTA cuba meminta pertolongan dari KESEDIHAN..Namun KESEDIHAN menolak kerana ingin bersendirian..
CiNTA berputus asa..air semakin naik dan menenggelamkannya.."Ya tuhan..bantulah aku..apa yang akan terjadi kepada dunia jika aku tiada.."ratap CINTA dengan linangan air mata..dalam kebuntuan CINTA terdengar satu suara..
"CINTA!!!mari naik ke perahuku.." CINTA menoleh ke arah suara itu..dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang melambai tangan dan mengayuh perahu ke arahnya..lalu segera CINTA naik ke perahu orang tua itu..di pulau yang berhampiran CINTA diturunkan oleh orang tua tersebut dan dia berlalu pergi meninggalkan CINTA tanpa mengenalkan dirinya..CiNTA tertanya-tanya siapakah orang tua yang menyelamatkannya dari bahaya tadi..CINTA bertanya kepada seorang penduduk di pulau tersebut,siapakah orang tua tadi..
"oh...!!dia WAKTU.."kata penduduk tersebut..
"tapi mengapa dia menyelamatkanku..sedangkan aku tidak mengenalinya...bahkan rakan-rakan yang mengenaliku pun tidak mahu membantuku.."jawab CINTA hairan..
penduduk itu menjawab..
"kerana hanya WAKTU yang tahu betapa bernilainya sebuah CINTA..."


best tak entri cinta aku??hehhee..best kan..best la bagi aku yang tak pernah dicintai ini....
aku dah jatuh eh eh jatuh..jatuh la kot..jatuh cinta kat seseorang tu...tapi aku rasa lebih baik kalau aku pendam kan saja..aku nak bawak diri aku jauh-jauh dari dia..sebab tak mungkin dia akan cintakan aku..aku jalan perlahan-lahan pergi dari dia..walaupun menyeksakan aku tapi ini keputusan aku..lepas ni kalau ada jodoh,tak kemana kan..biar masa yang menentukan...aku sayang dia sangat-sangat..sungguh...walau berpisah beribu tahun,andai masih ada cinta antara kami,itulah destinasinya...aku yakin aku akan terus cintakan dia...kebahagiaan aku terbukti walaupun lihat dia bahagia bersama orang lain..aku rindu...

Tuesday, September 21, 2010

HaTi aKu...

hari dulu..
kau ketuk pintu hatiku,ku sambut dirimu..
kau hulur cinta mu,ku terima..
kau janji..kau akan setia..kau akan sayang..aku..selamanya..
aku percaya..kata-kata mu..tersenyum aku..selalu..
hari ini..
aku mencari..dirimu..kemana???
mana cintamu...aku rindu....
kau hulur hati..aku tanya hati siapakah ini..kenapa telah remuk..kau jawab..inilah hati mu....
aku terima..dengan terketar-ketar....kau ucap maaf sayang...aku balas terima kasih...


nak dengar story x??meh meh...satu hari,ada sorang jejaka muncul dalam hidup aku.dah lama dah muncul,cuma tak pernah berkomunikasi ja..tak pernah pun tegur,aku kenal dia,dia kenal aku...ermm..aku duk cerita macam ni mau dia baca story aku ni naya la..musti dia dapat tangkap sapa jejaka tu kan?aiya...ok lah.malas nak menaip..tapi kena rajin jugak..sebab aku tengah tension..hanya blog yang kiut miut inilah menjadi tempat aku meluah perasaan..back to the topic..aku syang dia weh..kenapa??sebab dia baik...dia suka layan perangai aku..dia suka ka???haha..perah santan betul aku ni...kelmarin...aku dapat tau dia pon baik dengan orang lain jugak..dia pun suka layan orang lain jugak...aku cemburu...aku tak dapat terima dia baik dengan orang lain.sebab bagi aku aku takut dia akan jatuh cinta dekat orang tu..la....orang baik pun tak leh..apa la aku ni kan...tapi...aku betul2 cemburu......mungkin aku dah jatuh hati padanya...aku dah sayang sangat2 kat dia...apa aku nak buat ni....lemah betul la....dulu,dia pun cakap sayang kat aku...nak jaga aku...tapi..semua tu hanya palsu kah???sebab aku tak cantik macam orang tu:(...terima kasih la awak...sebab bagi aku harapan..harapan yang memusnahkan aku...melemahkan aku....sampai mak aku buat milo pun aku tak minum..frust punya pasai...tiap2 malam,teriak rindukan dia....padahal dia langsung tak ingat aku...patut tak aku lauh perasaan aku kat dia???tak patut la...sebab mungkin dia akan gelak ja kat budak udoh macam aku ni...aduhai hati......sabar la....aku sayng dia kerana allah....mungkin di dunia dia bukan milik aku..tapi di akhirat nanti aku akan bersama dengannya...aku sayang dia dari jauh walau jasad kami hanya selang beberapa batu saja...suatu hari nanti dia akan rindu seperti mana aku rindu dia...dia akan perlukan aku seperti mana aku perlukan dia..dia akan cari aku seperti mana aku pernah cari dia..dia akan menangis seprti mana aku menangis untuk dia...dan dia akan cintakan aku tetapi aku mungkin dah tak cintakan dia lagi...

p/s...kenapa aku punya tulisan colour biru...sebab biru tandanya setia...

Monday, September 20, 2010

kawan-kawan yang aku sayang........

best aku hari ni....aku(coek),umi(toek),qilah(poek),mizah(nyek) dan mimi(botek) lepak sama2...aku syng hangpa wey...bahagiakan hidup kita..ada 5 ja kawan tapi tetap bahagia..biar lah orng lain nak kta pa pun kan..kita tetap kawan...waktu ni poek dah sibuk2 nak balik.nak suruh dia balik dulu tak boleh sebab dia tumpang aku..eee...kacau betul la poek ni..nak tulis blog pun tak da privacy...eemmm...nasib baik tak jadi balik lagi.nyek makan tak sudah lagi..hahaha...nyek ni makan lambat.boleh la aku layan blog dulu..kami memang 5 sekawan yang best...p mana pun 5 orang..sentiasa 5...aku rasa.........tak selamanya kita bersama kan...akan timbul juga 1 hari yang akan memisahkan kita...apa boleh buatkan..bila la agaknya hari tu???kalau lah boleh tau takdirkan......arrggghhhh...baru ja nak feeling poek sibuk2 nak balik plak dah....nasib baik mood aku elok hari ni..kalau tak aku hampok laptop atas pala...hahahaha..tak leh tak leh..laptop free ni..hehehe..jom wey jom!!!la......toek dok posing guna cybershoot aku plak...cam na nak balik poek..hahahah...bateri low wey..boleh balik dah kot...chow.......................aku sayang hangpa selamanya.... :)